Hari ini saya nak kongsikan tentang pakaian tradisional sesebuah negara. Pakain tradisional yang sekarang ni susah kita nak lihat orang pakai ketika keluar rumah dan kadang - kadang tidak langsung menjadi pilihan untuk dipakai oleh seseorang itu.
PAKAIAN TRADISIONAL ORANG MELAYU
Bagi masyarakat melayu, pakain tradisional dikenali sebagai baju kurung bagi wanita dan baju melayu bagi lelaki. Baju kurung sering dilihat dipakai ketika menghadiri majlis - majlis rasmi, majlis perkahwinan dan sebagainya.
PAKAIAN TRADISIONAL ORANG INDIA
Bagi masyarakat india, sari merupakan pakaian tradisional mereka bagi kaum perempuan dan kurta bagi kaum lelaki. Sari terdapat dalam pelbagai jenis corak dan warna dan sering juga dipakai ketika menghadiri majlis - majlis rasmi.
PAKAIAN TRADISIONAL ORANG CINA
Pakaian tradisional perempuan cina dikenali sebagai cheongsam. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin atau kain lembut untuk mendapat keselesaan semasa memakainya. bagi lelaki dikenali sebagai jubah labuh yang sesuai untuk dipakai untuk majlis - majlis tertentu.
PAKAIAN TRADISIONAL ORANG KOREA
Bagi masyarakat korea pula, pakaian tradisional mereka dikenali sebagai hanbok. pakain ini kita dapat lihat semasa hari - hari perkahwinan terutamanya. Jikalau kita menonton drama - drama korea yang mengambil tema sejarah, pakaian ini merupakan pakaian utama mereka.



