Monday, 26 December 2011

CINTA PERTAMA
"cinta adalah misteri sehingga kita sendiri yang merasai kehadirannya..."




Alani Surfina. Seorang gadis berumur 15 tahun yang agak low profile, berperwatakan sederhana, tidak telalu manja tidak pula terlalu berdikari. Wajahnya biasa - biasa sahaja untuk memikat sang jejaka di sekolahnya. Namun dalam diam, hatinya sudah dimiliki oleh seseorang, siapa lagi kalau bukan seniornya, Ameen Dzakwan yang terkenal lagi mashyur dengan panggilan "PRINCE CHARMING" di sekolahnya.

"Sudah - sudah la tu Lani! Berhenti berangan! Ameen Dzakwan tak mungkin jatuh hati pada kau..." 

Ucapan itu sering diingatkan kepada dirinya, tetapi hatinya berkeras untuk tetap setia kepada sang arjuna.Ucapan itu lagi kerap diingatkan kepadanya sejak dia mendapat tahu bahawa ada seseorang yang selalu berdamping dengan Ameen, siapa lagi kalau bukan Hana Raisha a.k.a
" PRINCESS SNOW WHITE ".


"Lani! Kak Hana tu bukan Snow White yang selalu kita dengar and baca kat buku masa kita kecil - kecil dulu, dia tu sebenarnya Snow White versi evil, lagi evil daripada mak tiri Cinderella tau? Kau jangan main - main dengan dia!.." ~ Aliyah Alwani

Pada masa yang sama, seorang jejaka yang selalu memerhatikan Alani dari jauh telah jatuh cinta pandang pertama padanya. Dia cuba mencari peluang untuk menjadi kawan kepada Lani tapi...


Lani bercadang untuk berjumpa dengan Ameen buat kali terakhir dan meluahkan isi hatinya, tetapi sesuatu telah berlaku dan menyebabkan Lani pergi dengan hati yang terluka.


10 tahun berlalu, dengan takdir Tuhan, Alani Surfina telah bertemu semula dengan Ameen Dzakwan secara tidak sengaja. Masih ada lagikah sayang pada hati Lani untuk sang arjunanya itu? atau ... Tetapi yang lebih penting, Sayangkah Ameen akan Lani? atau Lani hanya bertepuk sebelah tangan?




Sunday, 25 December 2011

cinta pertama episod 1

Kring!! Lonceng yang lantang berbunyi menandakan waktu rehat para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya. Ramai pelajar kelihatan berpusu - pusu keluar daripada kelas untuk ke kantin. Suasana kantin yang senyap sunyi seketika tadi, telah menjadi seperti pasar malam gamaknya. Manakan tidak, di sinilah mereka mengisi perut bagi mereka yang lapar, di sini juga menjadi tempat untuk pelajar - pelajar bercerita, bergossip secara bebas dan terdapat pelbagai lagi kerenah pelajar ketika berada di kantin. Lain pula bagi mereka yang tidak memilih untuk ke kantin pada waktu rehat. 


"Lani! kau tak nak pergi kantin ke?," tanya Leya kepada Lani yang sibuk mengemas buku.
"Tak nak la, aku nak pergi perpustakaan la. Lagipun pagi tadi aku dah sarapan, kenyang lagi perut aku ni," jawab Lani.
"Kenapa kau rajin sangat pergi sana?dah la perpustakaan tu terletak kat sebelah blok b sana tu, jauh nun di tepi tu. Tak lain tak bukan mesti ada apa - apa ni.
"Cik Leya oi! mana ada apa - apa. Sesedap ayam KFC jek  kau tuduh aku. Kau banyak sangat tanya ni kenapa? macam tak biasa jek aku pergi library. ke kau nak ikut aku pergi sana?."
"Oh, terima kasih daun keladi sajalah Lani. Aku nak refresh balik otak aku ni lepas kena sumbat dengan bermacam - macam fakta Sejarah Cikgu Seri tadi. Aku takut kalau aku ikut kau, otak aku terus miong, susah kau nanti," jawab Leya sambil memegang kepalanya.
"Oklah Cik Leya kusayang. Layan kau sampai tahun depan tak habis, makin melambatkan aku pergi library jek adalah." 
"Hehe, semoga selamat pergi, selamat sampai ya? Jangan lambat balik ke kelas semula, lepas ni masa Cikgu kesayangan kau a.k.a Cikgu Azlee tu. Berdarah telinga kau kalau masuk kelas dia lambat."
"Yelah, yelah." balas Lani.


Lani bangkit dari kerusinya dan terus mempercepatkan langkahnya untuk segera sampai ke perpustakaan sekolah. Leya, Leya. Nasib baik kau kawan baik aku. Aliyah Alwani. Seorang yang peramah dan happy go lucky. Tidak pernah sekalipun Lani berasa bosan ketika berada di samping Leya. Mereka berkenalan sejak sekolah rendah lagi bermula daripada satu peristiwa yang menyakitkan hatinya. 


Dah nak dekat dah. Lani mempercepatkan lagi langkah kakinya, namun tiba - tiba dia dirempuh oleh seseorang dari arah kanannya. Tanpa sebarang persediaan untuk menahan daya rempuhan itu, Lani telah terlanggar seseorang di sebelah kirinya lalu mereka berdua terjatuh.