Kring!! Lonceng yang lantang berbunyi menandakan waktu rehat para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya. Ramai pelajar kelihatan berpusu - pusu keluar daripada kelas untuk ke kantin. Suasana kantin yang senyap sunyi seketika tadi, telah menjadi seperti pasar malam gamaknya. Manakan tidak, di sinilah mereka mengisi perut bagi mereka yang lapar, di sini juga menjadi tempat untuk pelajar - pelajar bercerita, bergossip secara bebas dan terdapat pelbagai lagi kerenah pelajar ketika berada di kantin. Lain pula bagi mereka yang tidak memilih untuk ke kantin pada waktu rehat.
"Lani! kau tak nak pergi kantin ke?," tanya Leya kepada Lani yang sibuk mengemas buku.
"Tak nak la, aku nak pergi perpustakaan la. Lagipun pagi tadi aku dah sarapan, kenyang lagi perut aku ni," jawab Lani.
"Kenapa kau rajin sangat pergi sana?dah la perpustakaan tu terletak kat sebelah blok b sana tu, jauh nun di tepi tu. Tak lain tak bukan mesti ada apa - apa ni."
"Cik Leya oi! mana ada apa - apa. Sesedap ayam KFC jek kau tuduh aku. Kau banyak sangat tanya ni kenapa? macam tak biasa jek aku pergi library. ke kau nak ikut aku pergi sana?."
"Oh, terima kasih daun keladi sajalah Lani. Aku nak refresh balik otak aku ni lepas kena sumbat dengan bermacam - macam fakta Sejarah Cikgu Seri tadi. Aku takut kalau aku ikut kau, otak aku terus miong, susah kau nanti," jawab Leya sambil memegang kepalanya.
"Oklah Cik Leya kusayang. Layan kau sampai tahun depan tak habis, makin melambatkan aku pergi library jek adalah."
"Hehe, semoga selamat pergi, selamat sampai ya? Jangan lambat balik ke kelas semula, lepas ni masa Cikgu kesayangan kau a.k.a Cikgu Azlee tu. Berdarah telinga kau kalau masuk kelas dia lambat."
"Yelah, yelah." balas Lani.
Lani bangkit dari kerusinya dan terus mempercepatkan langkahnya untuk segera sampai ke perpustakaan sekolah. Leya, Leya. Nasib baik kau kawan baik aku. Aliyah Alwani. Seorang yang peramah dan happy go lucky. Tidak pernah sekalipun Lani berasa bosan ketika berada di samping Leya. Mereka berkenalan sejak sekolah rendah lagi bermula daripada satu peristiwa yang menyakitkan hatinya.
Dah nak dekat dah. Lani mempercepatkan lagi langkah kakinya, namun tiba - tiba dia dirempuh oleh seseorang dari arah kanannya. Tanpa sebarang persediaan untuk menahan daya rempuhan itu, Lani telah terlanggar seseorang di sebelah kirinya lalu mereka berdua terjatuh.
No comments:
Post a Comment